5 jenis-jenis kucing di dunia tercomel

1 .Kucing Parsi Kucing comel dan gebu ini boleh kelihatan seperti permaisuri jika dikahwinkan dengan baka yang sama. Pada tahun 2015, kucing ini diiktiraf sebagai kucing kedua paling popular di Amerika Syarikat. Baka yang berasal dari Iran (Parsi) seawal tahun 1620 ini juga digelar "Parsi Bulu Panjang". Ia sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak kerana ia sangat jinak dan mengharapkan perhatian. Kucing Parsi mempunyai pilihan sebanyak 80 kombinasi warna bulu dan sentiasa kelihatan cantik menawan. 2. Munchkin Dalam senarai ini, Munchkin adalah satu-satunya baka kucing dengan kaki yang sangat pendek. Walaupun ia dikategorikan sebagai baka yang agak baru, terdapat banyak kontroversi yang terjadi semasa ia mula diiktiraf oleh Persatuan Kucing Antarabangsa pada tahun 1995. Dilaporkan sebagai paling cantik dari segi rupa paras, Munchkin adalah kucing yang sangat periang dan pintar. Dengan berat sekitar 3-4kg, warna bulu Munchkin berada dalam ka...