5 jenis-jenis kucing di dunia tercomel
1.Kucing Parsi
Kucing comel dan gebu ini boleh kelihatan seperti permaisuri jika dikahwinkan dengan baka yang sama. Pada tahun 2015, kucing ini diiktiraf sebagai kucing kedua paling popular di Amerika Syarikat. Baka yang berasal dari Iran (Parsi) seawal tahun 1620 ini juga digelar "Parsi Bulu Panjang". Ia sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kanak-kanak kerana ia sangat jinak dan mengharapkan perhatian. Kucing Parsi mempunyai pilihan sebanyak 80 kombinasi warna bulu dan sentiasa kelihatan cantik menawan.
2.Munchkin
Dalam senarai ini, Munchkin adalah satu-satunya baka kucing dengan kaki yang sangat pendek. Walaupun ia dikategorikan sebagai baka yang agak baru, terdapat banyak kontroversi yang terjadi semasa ia mula diiktiraf oleh Persatuan Kucing Antarabangsa pada tahun 1995. Dilaporkan sebagai paling cantik dari segi rupa paras, Munchkin adalah kucing yang sangat periang dan pintar. Dengan berat sekitar 3-4kg, warna bulu Munchkin berada dalam kategori hitam dan cokelat. Disebabkan kakinya yang pendek, ia tidak dapat melompat dan menyelinap
3.Ragdoll
Ragdoll terkenal dengan badan berotot dan mata biru yang sangat cantik. Lapisan bulu luarnya memerlukan penjagaan rapi kerana ia halus bak sutera. Baka yang dikembangkan oleh warga Amerika ini sesuai dijaga dalam suhu yang tenang. Kucing ragdoll sangat mesra bermain dengan kanak-kanak dan mudah ramah dengan keluarga yang membelanya. Disebabkan tingkah laku yang agak sosial, ia sering dikenali sebagai kucing yang bersifat seperti seekor anjing.
4.Turkish Van Cat
Kucing Turkish Van yang mempunyai bulu putih cantik ini mula dikembangkan di United Kingdom. Baka ini sangat jarang ditemui di mana kepaladan ekornya mempunyai corak yang mudah dikenali dengan badan yang berwarna putih sepenuhnya. Bulunya adalah sederhana panjang dan memberikan penampilan yang licin dan kemas. Memandikan kucing ini boleh menjadi satu cabaran sukar kerana bulu yang menyerap air sepenuhnya. Walaupun begitu, mengeringkan bulu adalah agak mudah namun memerlukan penjagaan rapi. Dengan berat sekitar 7kg, kucing baka ini agak nakal dan suka melompat-lompat di rumah.
5.Kucing Bengal
Kucing ini diberi nama Bengal kerana rupanya yang seakan-akan seekor harimau bintang. Walaupun kelihatan seperti kucing liar, kucing bengal adalah ialah baka domestik yang kebiasaannya dijumpai di Amerika Syarikat. Ia mempunyai berat sekitar 4.6kg, berbulu jingga dan mempunyai corak rambang di seluruh badan seperti harimau bintang. Kucing berekor panjang ini mempunyai bahagian perut yang berwarna putih. Mata mereka biasanya berwarna biru atau hijau dan agak besar saiznya.